Saturday 20 February 2016

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT ( Mengenal Huruf Vokal )


NAMA TABIKA : TABIKA KEMAS Kg Bekor

TARIKH : 15.2.2016

MASA : 30 Minit

BIL. KANAK-KANAK : 12 ORANG

MODUL : BERTEMA

TUNJANG : Komunikasi & Bahasa

KESEPADUAN TUNJANG :  Kreativiti & Estetika

TEMA : Buah-Buahan

SUBTEMA :  Buah Epal

STANDARD KANDUNGAN   : BM 3.2 : Mengenal huruf vokal
                                                 KTI 2.1 : Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi

STANDARD PEMBELAJARAN : BM 3.2.1  : Menyebut huruf vokal
                                                     KTI 2.1.4  : Menyanyikan lagu yang mudah dengan
                                                                       sebutan yang jelas

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Mengenali huruf-huruf vokal

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Supaya kanak-kanak dapat membunyikan huruf   
                                                  huruf-huruf vokal.

SET INDUKSI : Guru mempamerkan kad huruf vokal dihadapan kelas.

LANGKAH-LANGKAH :
1)    Guru menunjukkan huruf vokal kepada kanak-kanak sambil menyebut huruf vokal tersebut.
2)    Kanak-kanak menyebut huruf vokal dengan bimbingan guru.
3)    Guru membunyikan huruf vokal dan diikuti oleh kanak-kanak.
4)    Kemudian, guru menyanyikan lagu yang membunyikan huruf vokal dan diikuti oleh kanak-kanak.
5)    Guru menyebut nama seorang kanak-kanak dan memanggil mereka ke hadapan.
6)    Kanak-kanak perlu menyebut huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru.
7)    Akhir sekali, kanak-kanak menyebut semula huruf vokal dan membunyikannya.


REFLEKSI : Kanak-kanak menyanyikan lagu huruf vokal sambil bertepuk tangan.

2 comments: