Saturday, 20 February 2016
Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN
SLOT ( Mengenal Huruf Vokal )
NAMA TABIKA : TABIKA KEMAS Kg Bekor
TARIKH : 15.2.2016
MASA : 30 Minit
BIL. KANAK-KANAK : 12 ORANG
MODUL : BERTEMA
TUNJANG : Komunikasi & Bahasa
KESEPADUAN TUNJANG : Kreativiti & Estetika
TEMA : Buah-Buahan
SUBTEMA :
Buah Epal
STANDARD KANDUNGAN : BM 3.2 : Mengenal huruf vokal
KTI 2.1 : Mengambil bahagian dalam aktiviti
menyanyi
STANDARD PEMBELAJARAN : BM 3.2.1 : Menyebut huruf vokal
KTI 2.1.4 : Menyanyikan lagu yang
mudah dengan
sebutan yang jelas
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Mengenali huruf-huruf
vokal
OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Supaya kanak-kanak
dapat membunyikan huruf
huruf-huruf vokal.
SET INDUKSI : Guru mempamerkan kad huruf
vokal dihadapan kelas.
LANGKAH-LANGKAH :
1)
Guru
menunjukkan huruf vokal kepada kanak-kanak sambil menyebut huruf vokal
tersebut.
2)
Kanak-kanak
menyebut huruf vokal dengan bimbingan guru.
3)
Guru
membunyikan huruf vokal dan diikuti oleh kanak-kanak.
4)
Kemudian,
guru menyanyikan lagu yang membunyikan huruf vokal dan diikuti oleh
kanak-kanak.
5)
Guru
menyebut nama seorang kanak-kanak dan memanggil mereka ke hadapan.
6)
Kanak-kanak
perlu menyebut huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru.
7)
Akhir
sekali, kanak-kanak menyebut semula huruf vokal dan membunyikannya.
REFLEKSI : Kanak-kanak menyanyikan lagu huruf
vokal sambil bertepuk tangan.
Buah-Buahan Tempatan
Jenis Buah-buahan
Gambar Buah-buahan
|
Subscribe to:
Posts (Atom)